Petanda Anda Bakal Menghadapi Kanser Perut

Petanda Anda Bakal Menghadapi Kanser Perut

Tanda-tanda penyakit kanser perut

kanser perut dan sebab-sebabnya
AMALAN pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.
Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.

Demikian menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya

“kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku”

Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut, jelasnya.

Selain itu, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.

Aminuddin memberitahu, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.

Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas biasanya terdiri daripada golongan lelaki, ujarnya.

Tambahnya, negara Jepun dan Finland adalah antara negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia. Sebaliknya, Amerika Syarikat menunjukkan bilangan kanser perut semakin menurun tanpa sebab yang jelas.

kanser perut di malaysia

Kajian yang dijalankan oleh UKM dari 1983 hingga 1989 mendapati, kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 35.1 peratus.

“Peratusan di kalangan bangsa pula menunjukkan, Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 68.0 peratus, India 16.5 peratus dan Melayu 15.5 peratus,” jelasnya.

Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.

Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat. ³Umumnya, pesakit tidak akan menimbulkan apa-apa aduan di mana keadaan ini menyukarkan doktor menentukan jenis penyakit yang dihidapi.

“Kadangkala, gejala yang dihidapi oleh pesakit kanser perut mempunyai persamaan dengan pesakit yang menghidap gastritis atau ulser perut,” katanya.

Kebanyakan pesakit ulser perut yang datang berjumpa doktor mengadu sakit pada bahagian ulu hati.

Oleh itu, mereka dirawat sebagai pesakit ulser atau gastrik tanpa pemeriksaan lanjut seperti X-ray atau endoskopi.

Biasanya, kata beliau hingga kini dari segi rawatan kanser perut masih belum menunjukkan satu peningkatan kerana hasilnya ditahap yang kurang baik.

“Selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun, masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhannya,” ujar beliau.

Ini disebabkan, ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut.

Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.

Antara ketumbuhan ganas yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreation) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).

Kanser perut ini berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat.

Ia mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.

Simtom-simtom awal bagi mengesan Kanser Perut

tanda kanser perut

Malangnya, peringkat awal kanser perut jarang menyebabkan gejala. Ini adalah salah satu sebab kanser perut begitu sukar untuk mengesan awal. Tanda-tanda dan gejala-gejala kanser perut mungkin termasuk:

     Kurang selera makan
     Berat badan (tanpa berdiet)
     Abdomen (perut) Sakit
     Rasa tidak selesa yang samar-samar di dalam abdomen, biasanya di atas pusat
     Satu rasa kenyang pada bahagian atas abdomen selepas makan hidangan yang kecil
     Gejala pedih ulu hati, senak, atau ulser-jenis
     loya
     Muntah, dengan atau tanpa darah
     Bengkak atau cecair membina-up di dalam abdomen
     kesukaran menelan
     Kembung selepas makan

Kebanyakan tanda-tanda ini adalah lebih mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain daripada kanser, seperti virus perut. Mereka juga boleh berlaku dengan lain-lain jenis kanser. Tetapi orang-orang yang mempunyai apa-apa masalah-masalah ini, terutamanya jika mereka tidak hilang atau menjadi lebih buruk, perlu menyemak dengan doktor mereka supaya punca boleh didapati dan dirawat.

 

Rawatan Dengan Minyak Kelapa Dara VCOFERA

Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar.

Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan.

Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino. Sesuai untuk anda yang mengalami sembelit.  kalau dah minum berterusan Insyallah dengan izin Allah SWT akan pulih.berak berdarah

Testimoni kanser perutanigif

39 Responses

  1. Nor Azira Azreen

    Selamat pagi..saya ingin bertanya emak saya sering mengadu sakit perut di bahagian kawasan perutnya..terasa pedih.Adakah emak saya mendapat penyakit kanser perut..Dan adakah dengan meminum air minyak kelapa dara boleh mengurangkan penyakit tersebut dan adakah kesan meminum minyak tersebut berbahaya.

    • admin

      terima kasih bertanya,untuk kepastian dan pengesahan boleh buat pemeriksaan dengan hospita. tetapi tidak semua simtom2 yang puan beritahu itu melibatkan kanser perut. boleh kawal rutin makanan harian dengan perbanyakkan makanan yang mudah dihadam dan elakkan makan makanan yang terlalu pedas dan berkari.

      Insyallah minyak kelapa dara boleh membantu. boleh berhubung di 013 8350315 untuk lebih perjelasan

  2. zaini abidin

    Selamat malam..saya nak bertanya..kebelakangan ini saya sering mendapat sakit dibahagian perut sehingga saya tidak dapat tidur dengan lena..adakah saya mempunyai kanser perut?

    • admin

      Terima Kasih sudi bertanya. Saya tidak dapat jawab soalan yang tuan/puan kerana untuk mengesahkan sesuatu penyakit terutama kanser perlu melalui banyak saringan pemeriksaan. Apa yang boleh saya bantu adalah,tuan/puan boleh mencatat rutin makan makanan harian dan lihat simtom2 yang berlaku. kadang2 bukan semua masalah perut akan menjuruskan kepada kanser. Mungkin aturan angin dlm badan, ada bengkak atau luka pada saluran usus dalam pelbagai kemungkinan. Kanser ini utk senang faham sesuatu yang baru tumboh dlm badan yang menyebabkan gangguan pada kesihatan.

      + kawal permakanan
      + lakukan senaman ringkas
      + banyakkan minum air

      Harap dapat membantu.

  3. Ariza Aris

    Saya nak bertanye suami selalu sakit perut disebelah kiri….kerap buang air besar….perut kembung dan mcm membuncit…..kenape ya t.kasih

    • admin

      untuk kepastian puan boleh buat ujian klinikal seperti medical x-ray atau scope colon. Ada sesetengah mereka takut nk buat ujian. Cadangan saya,puan boleh ke pusat rawatan alternatif seperti pusat HOMEOPATHY danamalkan preskripsi NUX VONICA.

      Langkah awal yang puan boleh ambil adalah elakkan makan makanan terlalu sejuk dan terlalu panas. Amalkan minum susu lagi bagus susu kambing sebelum tidur.
      …………………….
      Harap boleh membantu puan.
      …………………….

  4. aunifilza

    assalammualaikum minggu lepas saya mengalami sakit perut dn tiada selera makan..dan skit tu berhenti seketika dlm 2-3 hari dan sekarang sakit perut tu dtg balik…kali ni lebih teruk rasa sakit …adakah saya mengalami kanser perut?

  5. Annony

    Assalamualaikum,saya ingin bertanya sekiranya saya mempunyai anemia dan sering sakit perut.Adakah saya mmpunyai kanser spt di atas?

    • admin

      terima kasih bertanya, untuk kepastian puan boleh buat ujian klinikal seperti medical x-ray atau scope colon. Ada sesetengah mereka takut nk buat ujian. bukan semua sakit dan ketidakselesaan menjurus kearah kanser perut.

      langkah awal yang dpt kami cadangkan adalah:

      1)elakkan makan makanan terlalu sejuk dan terlalu panas.
      2)Amalkan minum susu lagi bagus susu kambing sebelum tidur.
      3) elak makan makanan yang berkacang seperti semua jenis kacang dan sayur kekacang
      4)amalkan juga makan makan yg tinggi antioksida seperti minyak zaitun, habbatulsauda dan minyak kelapa dara.

      harap ini boleh membantu

  6. atiqah ghazali

    Assalammualaikum . Saya ingin bertanya, sy sering mengalami sakit perut . Stiap kali sy makan mesti sakit perut dan kembung perut .. sy juga sering mbuang air besar, dlm sehari 4kali .. kadang2 sy sukar utk mbuang air besar .. sy juga sering sakit di bahagian kanan perut n atas perut .. hilang selera makan .. adakah petanda ini sy barah perut?

    • admin

      terima kasih bertanya, kami suka positifkan setiap penyakit. untuk kepastian puan boleh buat ujian klinikal seperti medical x-ray atau scope colon. Ada sesetengah mereka takut nk buat ujian. bukan semua sakit dan ketidakselesaan menjurus kearah kanser perut.

      langkah awal yang dpt kami cadangkan adalah:

      1)elakkan makan makanan terlalu sejuk dan terlalu panas.
      2)Amalkan minum susu lagi bagus susu kambing sebelum tidur.
      3) elak makan makanan yang berkacang seperti semua jenis kacang dan sayur kekacang
      4)amalkan juga makan makan yg tinggi antioksida seperti minyak zaitun, habbatulsauda dan minyak kelapa dara.

      harap ini boleh membantu
      boleh hubungi kami 0138350315 utk maklumat lanjut

  7. juana

    Assalamualaikum…sy ingin bertanya…sy sdh dua hari berak2 dn di ikuti bnyk darah kluar…apa kh itu tnda kanser usus?utk pngetahuan sy ada buasir ..dn sejak kebelakangan ni sy trlalu mkn lada..

    • admin

      Terima kasih bertanya..terlalu makan pedas itu salah satu punca menyebabkan kecederaan pada dinding usus tambahan pula ada masalah dinding usus sensitif dan buasir. Kanser tidak semudah itu utk dikesan, krn perlu pemeriksaan yg rapi sblm ditentukan sesuatu kanser.

      Amalkan minum air mineral 3 atau 4 liter sehari utk meneutralkan lebihan asid lada dlm perut. Boleh jg amalkan MINYAK KELAPA DARA utk membantu mengstabilkan sistem penghadaman.

      Maklumat lanjut boleh whatsapp di 0138350315.

      Terima kasih, harap jawapan ini membantu saudari/ri

  8. meera.

    assalamualaikum.. saya nak tanya, ayah saya baru baru ni sakit perut, mutah muntah dan mengali kembung di bahagian perut sampai ada pada satu masa dia mengikat perutnya dengan kain bagi mengelak kesakitan itu. adakah itu kanser perut? dan bolehkan minyak kelapa dara ni mencegah kesakitan ini? terima kasih;)

    • admin

      wslm, pendapat saya itu bukan kanser. Mungkin ada masalah daripada sistem pencernaan/penghadaman yg tidak stabil. Amalkan minum air 3 liter sehari dan makan madu 2 sudu sehari. Minyak kelapa dara vcofera dapat membantu mengstabilkan masalah penghadaman. amalkan 2 kali sehari iaitu 2 sudu sblm tidur dan 2 sudu sebelum sarapan. Insyallah, berikhtiyar sebelum risiko lain yg datang.

  9. Siti

    Assallamualaikum. Setiap hari pasti perut saya masuk angin dan kembung+sakit perut+ sakit ulu hati+mual. Hinggakan menyapu minyak panas adalah rutin sabang hari. Berat badan juga tidak meningkat lagi walaupun selera makan bertambah. Sakit perut berpusat di tengah2 dan mencucuk2 ke ulu hati. Penghawa dingin dan kipas merupakan prkara pling cepat menyebabkan perut saya sejuk dan sakit. Mohon pandangan apa yang harus dilakukan.

    • admin

      wslm, simtom itu menjurus kepada tanda2 awal ganstrik. Boleh amalkan minyak kelapa dara 2 sudu sehari pada waktu pagi sblm sarapan. dalam masa yang sama boleh amalkan susu kambing utk elak daripada perut banyak asid yg berlebihan, kerana susu kambing bersifat alkali dan boleh meredakan keradangan dalam perut.

      sms/whatsapp saya 0138350315 utk maklumat lanjut

      Terima kasih bertanya

  10. nisak

    Assalamualaikum. Saya selalu mengalami kembung perut, sakit dibahagian perut. Kalau bangun setiap pagi, kedua kaki dan tangan terus sejuk dan kemudian akan mula buang angin(kentut). Setiap pagi saya akan buang air besar, najisnya macam cirit. Simptom ni mula jadi masa saya tingkatan 4 sampailah sekarang saya dah bekerja. Aktiviti harian agak terganggu sebab kerap buang angin(angin kentut sering keluar walaupun ditahan). Apakah saya mengalami kanser ni atau simptom penyakit yg lain. Mohon pencerahan sebab saya jadi kurang yakin dan malu nak bergaul dengan orang. Terima kasih.

  11. Assalamualaikum,,
    Sya nak tnya,, kebelakangan ni uluhati Sya rsa pedih Dan sesak nafas pdahal mkan minum sya terjaga.Dan bhgian abdomen Sya pun rsa skit terutama abdomen sebelah kiri kerap sakit,, loya pun ada..Adakah itu tanda Kanser perut?

  12. shamira alias

    Assalamualaikum, adkah usus bengkak di bhgian dkat dgn perut kanser usus?

  13. seha

    maaf saya nk tnya,baru2 ni dalam 2,3 hari yang lepas smp skrg sAya pagi2 perut saya akan sakit pedih,mencucuk,spt masuk angin disebabkan saya belum makan atau minum apa2 untuk mengisi perut..apabila waktu malam perut saya juga akan sakit seperti sebu angin jika saya minum air teh o perut saya akan menjadi pedih dan sebu yang teramat sangat,minyak panas adalah pelega perut saya..adakah ini kanser perut?? kejadian seperti ini berlaku semenjak saya mengamal kan makan asid folik,madu dan habbatus sauda..pagi2 saya akan makan madu bercampur serbuk habbatussauda dan 2 jam selepas sarapan saya akan makan asid folik..adakah perut saya tidak sesuai??

    • admin

      Teh O sangat sensitif bg mereka yang ada masalah angin dalam badan. Jarakkan pengambilan Madu dan habbatulsauda dalam 1 atau 2 jam. Sebaiknya jangan dicampurkan sekali.

  14. seha

    maaf saya nk tnya,baru2 ni dalam 2,3 hari yang lepas smp skrg sAya pagi2 perut saya akan sakit pedih,mencucuk,spt masuk angin disebabkan saya belum makan atau minum apa2 untuk mengisi perut..apabila waktu malam perut saya juga akan sakit seperti sebu angin jika saya minum air teh o perut saya akan menjadi pedih dan sebu yang teramat sangat,minyak panas adalah pelega perut saya..adakah ini kanser perut?? kejadian seperti ini berlaku semenjak saya mengamal kan makan asid folik,madu dan habbatus sauda..pagi2 saya akan makan madu bercampur serbuk habbatussauda dan 2 jam selepas sarapan saya akan makan asid folik..adakah perut saya tidak sesuai??

  15. Norliyana razali

    Assalammualaikum…sy na bertanya..saya sukar buang air besar.sebelum ni setiap hari buang tp sekarang jadi sembelit nk rasa keluar tapi tak keluar sampai angin naik ke ulu hati.sakit bawah perut rasa macam ada benda nak keluar macam menekan2 dan angin naik sampai ke ulu hati…adakah tanda2 kanser

    • admin

      wslm, itu bukan tanda2 kanser. kebiasaan masalah itu ada kaitan dengan pencernaan tidak stabil dan mungkin ada buasir dalam. Lakukan pencegahan awal dengan minyak kelapa dara. Hubungi/whatsapp 013-8350315 untuk maklumat lanjut.

  16. fathin

    salam admin..saya pengidap pnyakip gastrik ulser…adakah sy brisiko tggi untk dpt kanser perut??

    • admin

      wslm, terima kasih bertanya. Tiada risiko, jangan risau. Gastrik ulser boleh diatasi dengan minyak kelapa dara. Hubungi/whatsapp 013-8350315 untuk maklumat lanjut.

  17. ciella

    Selamat petang. Saya ingin tahu sama ada kawan saya menghidap penyakit kanser perut ataupun tidak .Disebabkan setiap kali dia makan dia sentiasa mengadu sakit terutama nya breakfast di bahagiam atas abdomen. Sekian Sahaja. Tq.

    • admin

      Terima kasih bertanya. penentuan kanser adalah sangat terperinci dan ada prosedur2 khas sebelum disahkan kanser. Pada pendapat saya, mungkin permulaan bagi masalah ganstrik. Cuba ubah menu sarapan dengan mengelak daripada makanan berempah, bercili, masam , minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) dan amalkan minum susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

  18. nisak

    assalamualaikum saya ingin bertanya. saya mengalami masalah sakit perut sepanjang hari. masalah buang angin yang kerap dan tak boleh ditahan. setiap pagi saya akan buang air besar tapi najis cair dan gelap, kadang bercampur darah. mohon pencerahan ya. terima kasih

  19. Mr zam

    Assalamualaikum. . Saya ingin bertanya. . Untuk makluman saya sekarang mempunyai buasir dalaman. . Mulut saya selalu kering. . Tangan saya kadang merah seperti ruam.. Dan masalah sembelit yg kerap.. adakah saya berisiko menghidap kanser..

  20. Herry

    Assalammualaikum sya ingin bertanya kwn saya selalu mengadu sakit perut dan setiap kali buang air besar darah yg kluar.. Adakah maksud nya kwn sy mengidap kanser perut?

  21. beyla

    assalmalaikum.. sy ingt bertnya.. adakah normal jika najis berwarne hiju pekat dan diakhiri dngn wrne coklt.. perot sy kembung di bhgian atas.. adakah itu tanda kematian ?

  22. Mohd Zaidie

    Assalamualaikum,sye nak tnye knpe setelah sye makan lpas tue kenyang.. tpi setelah beberapa minit sye rasa perut tak selesa dan rasa ada makanan yg trsangkut kat kerongkong sye.. mohon jawab..

  23. Saya seorang perokok yang tidak tegar berumur 20 tahun . Kekerapan buang air besar semakin berkurang . Saya hanya boleh buang air besar pada pagi hari selepas makan ubat pada tengah malam (cirit birit) . Kaki dan tangan kerap rasa sejuk . Kerap buang angin dripada buang air besar . Adakah ini salah satu process cancer atau hanya angin dlam badan ?

  24. norhafis bin abu shah

    assalammualaikum sy ada masalah pada penghadaman tiap kali makan mesti akan muntah.benda ni dh jadi 5 tahun,kerap sakit dia bahagian urat pelikat hingga ke dada kadang2 kerap sesak nafas dan perut terasa pedih serta dada…bole tahu apa punca terima kasih…

  25. siti

    Salam.ayah sy mengadu bahawa dia berasa senak di salur makanan .adakah ini tanda kanser perut ?

  26. Ady

    Slmt ptg , sdh berapa hari saya cirit tapi tidak kerap dlm 2,3 kali sehari , ia bermula sejak saya mkn ubat antibiotik untuk sakit tekak dan minum ubat batuk dan untuk ubat darah tinggi saya mkn waktu pagi lps sarapan ,adakah kesan ubatan yg saya mkn ni punca cirit , buat masa ni saya smmgnya menjaga berat badan dan pengambilan mkn yg tiada garam langsung sdh 6bln

  27. syafiq

    assalam . saya nak tanya dari minggu lpas saya rasa sakit mcm cramp kat blah kanan perut . n saya susah nk buang air besar then saya mkn senokot then cirit lpas tu dia ok sikit cuma xkeras sgt . saya before jadi ni ada mkn vit c 1000 mg setiap hari . n saya mmg jarqng mkn sgt mlm . mkn pagi n lunch je plus saya dah buat kub xray mmg bnyk angin dlm usus besar tapi saya susah nk buang angin sedawa or kentut . tapi saya punya tahi xde darah

Leave a Reply