Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.
Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
- Keguguran sisik pada kulit
- Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
- Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza
Jenis-jenis psoriasis
- Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
- Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
- Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
- Lampin psoriasis
- Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan
Leave a Reply