GULA MELAKA DAN KHASIATNYA

GULA MELAKA DAN KHASIATNYA

posted in: INFO SIHAT, PETUA DAN RAWATAN | 0

Khasiat Gula Merah atau Gula Kabung

Tahukah anda gula pasir mula ditemui di negara China, sehinggalah sebelum abad ke-19, masyarakat India tak mengenal produk gula pasir ini. Itulah sebabnya gula pasir disebut ‘chini’ oleh masyarakat India. Sebelum itu mereka menggunakan gula merah sebagai pemanis makanan dan minuman mereka.
Faktanya, gula merah ternyata memiliki manfaat kesihatan yang jauh lebih banyak dari pada gula pasir. Teksturnya yang kasar dan tak mudah larut membuatnya menjadi pilihan tepat bagi anda yang ingin tetap sihat.
Di Malaysia gula ini amat sinonim dengan pembuatan kuih tradisional melayu. Gula kabung yang juga seakan gula merah, tapi sukar untuk mendapatkannya, dikatakan lebih sedap dari gula merah ini. Lagi satu gula melaka, ia pun seakan-akan serupa juga warna dan rasanya. Bagi auc lebih suka guna gula kabung kerana ia lebih sedap rasanya.
Tahukah ada gula merah, gula kabung atau gula melaka ini mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan tubuh badan kita antaranya,
• Menyejukkan perut. Menggunakan gula merah sebagai pemanis minuman akan membantu menyejukkan perut. Apalagi bila anda mengambilnya di musim panas bersama-sama dengan air kelapa muda.
• Rileks. Pada gula ini mempunyai kandungan selenium yang cukup tinggi, sehingga berguna melancarkan saraf anda. Meminumnya di malam hari boleh membantu andat tidur dengan nyenyak.
• Baik untuk diet. Gula merah mempunyai kandungan kalori lebih sedikit dibanding gula biasa. Gula pasir biasa bentuk glukosnya sederhana mudah dicerna dan diserap oleh tubuh. Sedangkan gula merah, glukosnya kukuh dan sukar dicerna. Ini baik untuk diet anda.
• Zat besi. Gula merah mempunyai kandungan zat besi yang diperlukan oleh wanita, untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan darah.
• Melawan kanser. Percaya atau tidak, dalam gula merah terdapat antioksidan yang membantu melawan kanser, dan penuaan awal.
• Makanan selepas bersalin. Di India, wanita yang lepas melahirkan anak biasanya mengambil gula merah sebab ia banyak memberi tenaga untuk pemulihan tenaga. Selain itu gula ini juga mencegah terjadinya pembekuan darah.
• Menghilangkan kejang. Selenium pada gula ini mampu membantu menghilangkan kekejangan dan kesakitan ketika haid.
kalau anda berfikir tentang bahaya gula pasir, jadi gula merahlah sebagai alternatifnya. Selamat dan berkhasiat.
Sumber olahan semula dari: Boldsky
Link berkaitan: Koleksi petua dan khasiat

Leave a Reply